Kursus ini telah dijalankan mulai 18.08.2008 hingga 20.08.2008. Alhamdulillah, respons yang diterima dari kalangan guru dan kakitangan amat menggalakkan. Pengisian kursus menepati objektif kursus ( sepertimana maklumbalas yang diterima melalui soalselidik yang diajukan kepada peserta kursus). Seramai 6 orang penceramah telah diundang memberikan ceramah dengan tajuk-tajuk mengikut bidang masing-masing.
Hari Pertama ( 18.08.2008) - ISNIN
Slot 1 : En Misnan B Sikin Unit Kecil Tatatertib Jabatan Pelajaran Johor Tajuk: Peningkatan Integriti dan Budaya Kerja Cemerlang.
Slot 2 : Tn Hj Aminuddin B Adam Tn Pegawai Pelajaran Daerah Johor Bahru Tajuk : Aplikasi Pedagogi Terkini Mengikut Kecerdasan Murid
Slot 3 : Pn Nurezah Bt Hj Mohamed Ketua Unit, Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Johor Tajuk : Pengucapan Awam.
Hari Kedua ( 19.08.2008) - SELASA
Slot 1 dan 2 : Pembentangan Audit Akademik
Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5.
Rumusan : Pembentangan ini telah berjaya membuka minda guru ke arah bekerja secara lebih berfokus dalam mengenalpasti kebolehan murid menerusi kajian terperinci dari aspek TOV, OTI, AR.
Guru - guru perlu:
i. Menentukan module untuk murid, mengikut aras kemahiran murid. ii. Program-program yang bersesuaian dirancang mengikut tahap kecerdasan murid tersebut berdasarkan kelompok kecerdasan murid.
Analisis Item pula dilaksanakan dalam sesi post mortem dan seterusnya program-program penambahbaikan dilaksanakan bagi penentuan ke arah pencapaian ETR murid dan seterusnya menuju kepada ETR sekolah akhirnya. Pembentangan telah dilakukan oleh Penyelaras-penyelaras aliran dan sangat berkesan.
Slot 3 : En Shaid B Abdullah Al Jabri atau juga dikenali sebagai Pak Habib. Kem Kaizen.
Rumusan : Ceramah disampaikan telah berjaya menyentuh hati para guru khususnya dan kakitangan sokongan dalam melaksanakan tugas secara ikhlas, amanah dan jujur.
Hari Ketiga ( 20.08.2008) - RABU
Slot 1 : Perbengkelan data SMM Unit HEM SK Pengkalan Rinting.
Slot 2 : Pembentangan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran berkesan Jurulatih Utama Matematik juga Ketua Panitia Matematik.
Slot 3 : Kursus Protokol dan Etika Sosial
Tajuk : Tatacara susun atur kedudukan kerusi, kedudukan bendera, Tatacara dan Peradaban menerima keberangkatan jemputan istana, Etika berpakaian, Adab di meja makan dan lainnya yang berkaitan dengan peradaban dan tatasusila dalam sesuatu majlis yang dihadiri.
Penceramah : Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor : i) Tn Hj Zulkarnain B Hj Yaakob dan ii) Pn Maziah Bt Yahya (dengan bantuan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ).
Kesimpulan: Kursus yang dihadiri telah melengkapkan bilangan hari berkursus iaitu 3 hari daripada 7 hari sepertimana arahan oleh KPPM kita. Semoga aktiviti ini memberi impak positif di kalangan warga pendidik amnya dan warga SKPR khususnya dalam memartabatkan professionalisme keguruan kita.
Sekian, terima kasih.
|